Hospital Pulau Pinang - Pesakit COVID-19 Enggan Terima Rawatan Tidak Dibenar Pulang


Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak membenarkan seorang pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma’arof Sudin berkata pesakit berkenaan telah dimasukkan ke wad ICU di HPP selepas disahkan positif COVID-19 dan berada di tahap empat.

Katanya hasil pemeriksaan awal menunjukkan penurunan kadar oksigen dalam darah pesakit pada tahap membimbangkan dan rawatan terapi oksigen sudah dijalankan.

Bagaimanapun, beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit bertambah kritikal dan perlu distabilkan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan ventilator.

Dr Ma’arof, dalam kenyataan hari ini berkata, pegawai perubatan pakar rawatan rapi dan ICU telah memaklumkan dan memberi penjelasan tentang keadaan kritikal itu kepada pesakit dan ahli keluarganya.

Menurutnya pihak hospital juga telah menjelaskan berulang kali akan keadaan kritikal itu kepada ahli keluarga dan pesakit sendiri tentang risiko yang boleh membahayakan nyawanya sekiranya tidak membenarkan pihak hospital memberikan rawatan.

Katanya pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan berkeras mahu pulang atas risiko sendiri.

Beliau berkata pihak hospital tidak dapat membenarkan pesakit berkenaan pulang ke rumah kerana bimbang akan risiko pesakit menyebarkan jangkitan COVID-19 kepada orang lain serta keadaan pesakit yang kritikal.

“Pihak hospital sentiasa prihatin dan meneruskan pemantauan terhadap pesakit itu dan akan berhubung untuk memberi maklumat berkala dengan ahli keluarga pesakit,” katanya.

Sumber; Siakap keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih