Ingatkan Resdung, Rupanya Benda Lain Lelaki Ini Menderita Hidung Berdarah & Bau Busuk


Ramai yang menganggap bahawa sakit di dalam hidung adalah disebabkan oleh
 resdung dan membiarkannya saja tanpa dirawat.

Namun, sakit sehingga berdarah dan mengeluarkan bau yang busuk perlulah dirujuk kepada doktor pakar kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan penyakit yang berbahaya.

Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, penyakit itu dikenali sebagai ‘rhinolith’. Ia akan berlaku jika ada sesuatu objek yang duduk terlalu lama di dalam hidung sehingga membentuk sebatian seperti batu rhinolith.

Masalah tersebut dialami oleh seorang pesakitnya dan ‘objek’ di dalam hidung pesakit itu telah dikeluarkan.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai masalah penyakit ‘rhinolith’ ini.

Sakit dalam hidung seringkali dikaitkan dengan masalah resdung, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa ia mungkin berkait dengan penyakit 

Pesakit saya ni berumur 23 tahun. Hidung kirinya selalu berdarah. Kadang-kadang tu hidungnya berbau. Busuk.

Bermacam-macam ubat sudah dicuba, masih tak elok. Masih berdarah dan berbau. Kadang-kadang saja, tetapi peliknya tak ada pula simptom resdung lain. Tak ada bersin-bersin, tak ada gatal hidung. Leher pun tak membengkak untuk kita suspect kanser. Semua macam biasa-biasa.

Saya periksa hidung beliau. Saya gunakan nasal endoscope bersama skrin tv, hidung kirinya sudah hampir tertutup. Ada kotoran hitam berbau di situ. Perlahan-lahan saya bersihkan hidung beliau, sehingga saya menjumpai sesuatu yang tidak saya sangka.

Kawan-kawan.. jika anda ada tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin bukan mengalami resdung, ia juga mungkin bukan disebabkan kanser. Tetapi ia mungkin sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith’.

Apa itu rhinolith? Rhinolith ini berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa pun foreign body duduk lama dalam hidung akhirnya akan membentuk sebatian seperti batu rhinolith. Pesakit akan mengalami gejala hidung berbau, mengeluarkan cecair, sesetengah kes boleh mengakibatkan jangkitan!

Semoga ada manfaat daripada kisah pendek ini.

Dr Ezairy M.Sallih

Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Surgeri Kepala & Leher

Nota gambar : ini merupakan objek yang ada dalam hidung beliau. ‘Bead’ ni mungkin dah ada lama di situ. Lama-kelamaan jangkitan boleh berlaku, pembentukan batu seperti ‘rhinolith’ juga boleh berlaku.

Sumber: Siakap Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih