Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta dalam satu kenyataan malam ini menyatakan notis penutupan itu berkuat kuasa pukul 9.00 malam ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan kedalaman 4.57 meter, dikesan berlaku kira-kira pukul 5.45 petang tadi dan berkemungkinan berlaku disebabkan faktor hujan yang berterusan dan menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.
“Pemantauan Jabatan Kerja Raya Daerah dan pihak konsesi Jalan Persekutuan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.
0 Response to "Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands Ditutup Akibat Tanah Runtuh"