Joe Biden Bincang Kemerdekaan Palestin, Namun Tegaskan Keamanan Israel Adalah Keutamaan AS


Dunia tahu bagaimana rapatnya hubungan Amerika Syarikat dan Israel, malah terdapat laporan dari media antarabangsa yang menyatakan bahawa AS menyuntik dana ketenteraan kepada negara Israel. Dunia juga tahu, perbalahan yang berlaku di antara dua negara, Israel dan Palestin yang bermula puluhan tahun dahulu.

Terbaharu, Presiden AS, Joe Biden telah menggunakan pentas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berbincang soal kemerdekaan negara Palestin. Namun apa yang ralat dalam ucapan Biden di PBB adalah dia menegaskan bahawa kepentingan untuk membina negara Palestin yang merdeka dan berdaulat adalah ‘jalan terbaik’ untuk menjamin masa depan Israel.

Memetik laporan berita Arab News, ucapan Biden yang berlangsung pada hari pembukaan Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa lalu berkisar mengenai masa depan yang lebih besar kepada rantau timur tengah sambil menegaskan bahawa Israel adalah kepentingan AS.

Kata Biden, komitmen AS terhadap keamaan Israel dan sokongan AS terhadap sebuah negara Yahudi yang merdeka tidak boleh dipertikaikan. Bagaimanapun, Biden melihat jalan penyelesaian yang terbaik kini adalah dengan cara penyelesaian dua negara bagi memastikan masa depan Israel sebagai negara Yahudi yang demokratik.

“Tetapi saya terus percaya bahawa penyelesaian dua negara adalah cara terbaik untuk memastikan masa depan Israel sebagai negara demokratik Yahudi, hidup dalam damai berdampingan dengan negara Palestin yang bersemangat, berdaulat dan demokratik,” kata Biden dalam ucapannya.

Selain itu, Biden juga menyentuh mengenai isu yang melanda seluruh dunia, iaitu COVID-19. Dalam ucapannya, Biden menyebut dunia kini sedang menghadapi ‘dekad yang menentukan’. Dia meminta semua pemimpin dunia untuk bekerjasama dalam memerangi wabak, perubahan iklim global dan ancaman siber.

Biden juga mengumumkan bahawa AS akan melipatgandakan komitmen kewangannya untuk bantuan iklim dan membelanjakan $ 10 bilion untuk memerangi kelaparan di pelbagai bahagian dunia.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih