-->
banner here
Powered by Blogger.

Kapal Peninjau China Dilapor Ceroboh Perairan Malaysia, Selepas TUDM Jalani Latihan Dengan AS

advertise here


China bertindak balas memberi ‘amaran’ setelah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan latihan bersama-sama Amerika Syarikat (AS). Tindak balas China ini dipercayai dilakukan dalam masa lebih kurang 24 jam selepas sesi latihan TUDM bersama pesawat pengebom AS.

Menurut Utusan, beberapa portal pertahanan antarabangsa hari ini melaporkan sejumlah kapal Pengawal Pantai China bertindak menceroboh perairan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) Malaysia pagi tadi.

Dua kapal negara tersebut telah memasuki kawasan Sabah yang terkenal kaya dengan hasil minyak mentah dan gas asli. Kapal China yang telah menceroboh perairan Malaysia salah satunya berkod CCG 5202, manakala satu lagi CCG 6307.

Lokasi kedua kapal itu hanya berjarak 50 batu nautika atau 93 kilometer dari kapal carigali West Capella, setakal jam 10.20 pagi waktu tempatan. West Capella merupakan kapal carigali yang disewakan syarikat petroleum nasional, Petronas.

Kapal asing itu dilihat mengiringi Da Yang Hou, kapal peninjau penyelidikan China yang sebelum ini pernah menceroboh perairan Vietnam. Kapal peninjau tersebut pernah diusir Vietnam setelah tertangkap menceroboh ke sempadan perairan negara itu.

Da Yang Hou juga pernah dilaporkan menceroboh Pulau Natuna, Indonesia sebelum bergegas keluar selepas diserbu kapal tentera laut Indonesia. Bukan sahaja Indonesia, kapal tersebut juga pernah cuba memasuki perairan Brunei.

Kapal peninjau itu dikatakan sengaja mahu melakukan provokasi dengan menceroboh Vietnam Jumaat lalu, namun mengubah haluan secara tiba-tiba. Pergerakan agresif ini dipercayai memberi isyarat amaran kepada pihak TUDM yang kini sedang menjalankan Op Curiga.

TUDM ketika itu sedang menjalankan latihan bersama pesawat pengebom B 52 dari markas udara AS di kepulauan Guam. Tindakan jet pejuang Hawk 208 dan 108 serta pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D milik TUDM ‘menawan’ ruang angkasa ZEE sedikit sebanyak memeranjatkan China.

Pencerobohan kapal dan pesawat negara tembok besar itu dipercayai satu bentuk mesej kepada negara-negara anggota ASEAN. Negara itu berkemungkinan ingin memberi ‘amaran’ kepada negara-negara ASEAN agar tidak cuba menuntut perairan berkenaan.

Perbuatan China ini turut dikecam Barat sehingga dan dilabel sebagai ‘bongkak’. Beberapa bulan lalu, 16 buah pesawat tentera udara China pernah menceroboh ruang udara Malaysia dan sempat menggemparkan dunia.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih