Ketua Gerakan Antivaksin & Tolak Topeng Muka Israel Dilapor Meninggal Dunia Positif COVID-19


Seorang aktivis yang terkenal kerana menentang penggunaan vaksin COVID-19 dan juga digelar sebagai ‘ketua antivaksin’ dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi Isnin di Pusat Perubatan Wolfson di Holon, Israel akibat
 COVID-19.

Menurut The Jerusalem Post, lelaki itu juga sempat memuatnaik beberapa perkongsian di media sosialnya ketika dia berada di hospital dan sebelum meninggal dunia.

“Saya menggunakan mesin oksigen dan tanpanya saya akan sesak nafas. Saya juga mengalami batu yang sangat teruk dan selalu rasa tercekik,” katanya kepada pengikut-pengikutnya di media sosial menerusi satu video.

Dalam video itu juga, dia mengadu mengenai layanan yang diterimanya di balai polis ketika dia ditangkap dengan mendakwa bahawa anggota polis telah meletakkan kaki mereka di lehernya.

Tidak cuma itu, lelaki tersebut juga mendakwa bahawa pihak polis cuba untuk meracuninya.

“Polis Jerusalem cuba meracuni saya kerana saya tidak pernah merasa seperti ini sepanjang hidup saya.

“Setiap minggu saya bergelut dan berfikir seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, tetapi hari ini saya tidak dapat lagi bernafas dan pergi ke hospital. Sekiranya sesuatu berlaku kepada saya, ketahuilah bahawa ia adalah cubaan pembunuhan,” katanya.

Lelaki itu sememangnya giat menganjurkan tunjuk perasaan bagi menolak penggunaan pelitup muka dan vaksin.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih