Kini Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Sah Bergelar Suami Isteri Sebentar Tadi


Sejak semalam dunia hiburan heboh mengatakan bahawa Zizi Kirana akan diijab kabulkan hari ini dengan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon iaitu Yusuf Bahrin.

Dalam muatnaik terbaru di Instagram Zizi, beliau memuatnaik gambarnya dan Yusuf  berukuran passport dan mungkin boleh menjawab segala persoalan sejak semalam.

Dalam story Zizi Kirana juga terdapat video beliau sedang bersiap dengan busana pengantin. Akhirnya pasangan ini selamat diijabkabulkan sebentar tadi.

Zizi Kirana yang berusia 36 tahun memilih jejaka tampan berusia 29 tahun, Yusuf Bahrin sebagai suaminya. Ramai memberikan ucapan tahniah dan berkata mereka dua secocok ibarat pinang dibelah dua.

Selamat pengantin baharu Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin. Semoga berkekalan hingga ke syurga.



Sumber: Siakap Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih