Lelaki Ditahan Cabul 4 Kanak-Kanak & Seekor Ayam, Mengaku Stress Lama “Single” Selepas Ditinggal Kekasih


S
eorang lelaki di Singasari, Singaparna, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia nekad mencabuli empat kanak-kanak yang berusia 5 tahun gara-gara didakwa tertekan kerana belum menemui pasangan hidup.

Tidak hanya itu, dia juga dilaporkan turut mencabuli seekor ayam milik jirannya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tasikmalaya, AKP Hario Prasetyo Seno berkata, tindakan suspek ini agak aneh.

Selain melampiaskan nafsunya terhadap kanak-kanak, dia juga turut menggunakan haiwan peliharaan untuk memenuhi tuntutan nafsunya itu.

“Kami telah menahan suspek yang melakukan perbuatan cabul kanak-kanak itu.

Kerana kanak-kanak tersebut tidak keluar dari rumah, dia telah melakukannya kepada seekor ayam,” katanya.

Untuk menarik perhatian mangsa, suspek dilaporkan telah menjerat mangsa yang masih kecil dengan wang sebanyak 2 ribu rupiah.

Suspek kemudiannya dilaporkan menyentuh bahagian tubuh mangsa yang sensitif. Suspek juga didakwa meminta mangsa menyentuh kemaluannya.

Sehingga kini, pihak polis masih lagi menyiasat keadaan psikologi suspek, yang berkaitan dengan gangguan seksual itu.

Pihak polis dilaporkan akan segera membawa ahli psikologi untuk memeriksa mental suspek dalam masa terdekat.

“Akibat perbuatannya itu, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun,” kata Hario.

Di hadapan pegawai penyiasat polis, suspek mengakui bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan oleh faktor trauma sering ditinggalkan kekasih sehingga membujang sehingga kini.

“Saya sakit hati kerana kekasih saya meninggalkan saya, kerana kanak-kanak tidak keluar, akhirnya saya melakukannya terhadap ayam,” ujar suspek.

Pihak polis dilaporkan masih lagi giat menyiasat kes tersebut serta mendalami lebih terperinci berkenaan faktor utama suspek melakukan perbuatan tersebut.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih