Lelaki Ini Rakam Detik Seram Dalam Pejabat Waktu Malam, Kerana Kerusi Bergerak Seolah Ada Yang ‘Duduk’,


Gangguan mistik boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di tempat bekerja seperti pejabat. Mungkin pada waktu siang, tiada apa yang perlu ditakutkan. Namun, suasana bertukar menjadi seram jika kita berseorangan pada waktu malam.

Walau tidak menunjukkan kehadirannya secara zahir, namun gangguan berbentuk bunyi atau apa sahaja perkara pelik sudah cukup membuatkan bulu roma kita meremang.

Sama seperti pengalaman lelaki ini yang diganggu dengan kejadian aneh ketika menyiapkan tugasan di pejabat pada waktu malam. Dia telah merakam keadaan kerusi di belakangnya di mana dipercayai telah bergerak dengan sendiri.

Menerusi rakaman pendek yang dimuat naik oleh akaun TikTok @alfi.arif yang juga merupakan rakan pejabat kepada lelaki tersebut, jelas kelihatan kerusi pejabat itu bergerak seakan-akan ada yang sedang ‘duduk’ di atasnya.

Video ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan oleh warganet di Tiktok. Menjengah ke ruangan komen, ada juga warganet pernah mengalami gangguan sama di pejabat ketika bekerja sehingga lewat malam.

@alfi.arif Lihat kerusi belakang! Anda nilai sendiri #officelife ♬ Ghost Sound 01(964339) - ROYAL KLAXON MUSIC

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

TAG