‘Macam Tudung Saji’- Peniaga Ini Kecewa Segelintir Rakyat Malaysia Perlekeh Perisai Rotan Tradisional


Sebelum ini, seni silat diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan (intangible cultural heritage in humanity) milik Malaysia.

Terbaharu, pengguna Facebook Keris Empire telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan komen segelintir netizen memperlekehkan perisai rotan yang merupakan antara hasil seni warisan tradisional Melayu.


Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat penjual itu berasa kecewa apabila rakyat Malaysia terutama sekali kaum Melayu tidak menghargai seni warisan tradisional Orang Melayu ketika promosikan perisai rotan di dalam sebuah group Facebook.

Kata-kata cacian dan sindiran tidak memberikan kesan kepada mereka kerana ianya adat berniaga tetapi agak kasihan apabila seni warisan tradisional diperlekehkan sedemikian rupa. Mana tidaknya, ada segelintir netizen yang menyamakan perisai rotan itu dengan tudung saji dan juga membandingkan dengan perisai Captain America.

Tambah penjual tersebut, masih jauh lagi perjalanan untuk mempertahankan seni warisan tradisional jika mentaliti seperti ini masih wujud. Penjual terbabit juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan membeli perisai rotan itu.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih