Masjid Di Kawasan Pedalaman Ini Rayu Sumbangan RM5,000 Beli Van Jenazah Terpakai


Pengurusan jenazah adalah salah satu urusan fardhu kifayah yang penting dalam komuniti umat Islam di sesuatu kawasan. Kita pasti selalu ternampak tabung ‘khairat kematian’ yang diletakkan di masjid-masjid.

Menguruskan jenazah dari peringkat mandi, kapankan, solat, iringi ke tanah perkuburan sehinggalah ke liang lahad, segalanya memerlukan tenaga kerja dan kos. Sebab itulah tabung tersebut diwujudkan.

Setiap jenazah yang dihantar ke tanah perkuburan juga akan menggunakan khidmat van jenazah. Namun apa yang nak dikongsikan pagi Jumaat yang mulia ini, terdapat sebuah masjid yang tidak mempunyai van jenazahnya sendiri.

Ini sudah tentu menyukarkan pergerakan mereka. Justeru, Sedekah Jumaat pada hari ini adalah mengenai sumbangan pembelian van jenazah terpakai untuk masjid tersebut. Mari ikuti perkongsian aktivis masyarakat, Natipah Abu di bawah ini.

Sedekah Jumaat: sumbangan van jenazah untuk masjid

Keperluan: RM5,000
Sumbangan: Maybank Natipah Abu 552107617521

Kita menerima permintaan dari sebuah masjid untuk mendapatkan sebuah van jenazah bagi kegunaan anak qariahnya yang terletak di kawasan pedalaman.

Mempunyai 9 buah kampung dan 9 buah surau di bawah qariah tersebut, kepadatan penduduknya ialah 2,000 orang termasuk sebuah kampung KEDA. Kebanyakan penduduk di sini, rata-ratanya bekerja kampung dan menoreh getah.

Sebelum ini, pihak masjid sudah mengemukakan permohonan kepada beberapa badan korporat namun sehingga ke hari ini, belum ada rezeki.

Bila berlaku kematian, anak qariah terpaksa menyewa dari pihak ke tiga walaupun hanya untuk urusan ke dari rumah ke tanah perkuburan sahaja.

Wakil kita telah pun turun bertemu dengan pihak masjid dan mereka sebulat suara bersetuju bahawasanya akad Sedekah Jumaat kita hari ini ialah untuk membeli sebuah van terpakai dan diwakafkan sebagai van jenazah kepada masjid tersebut.

Sasaran ini, memanglah agak tinggi untuk kita capai. Semoga Allah permudahkanlah semua urusan kita dan sempurnakanlah semua hajat kita sebagaimana kita permudahkan dan sempurnakan hajat orang lain..Amin.

Jumaat yang barakah..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bagi anda yang bermurah hati untuk menyumbang, sumbangan boleh disalurkan kepada Natipah Abu melalui nombor akaun 552107617521 (Maybank) atas nama Natipah Abu.

Semoga sumbangan kita akan menjadi saksi dan saham di Akhirat kelak. Ameen.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih