-->
banner here
Powered by Blogger.

Mungkin Tak Sedar, KKM Kongsikan Tanda-tanda Serangan Jantung, Antaranya Berpeluh & Keletihan

advertise here


Serangan jantung merupakan antara penyakit berbahaya dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Menurut Kementerian Kesihatan, serangan ini berlaku apabila aliran darah ke otot jantung terganggu akibat penyempitan atau penyumbatan saluran darah.

Antara faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan diserang penyakit jantung ialah merokok, stres, obesiti, mempunyai kolestrol yang tinggi dan sebagainya. Serangan jantung ini boleh berlaku di mana saha tanpa mengira masa dan tempat.

Oleh itu, pengetahuan mengenai tanda-tanda serangan jantung ini perlu diberi perhatian agar tindakan awal boleh diambil bagi menyelamatkan nyawa anda.

Sempena Hari Jantung Sedunia 2021, pihak Kementerian Kesihatan berkongsi informasi mengenai tanda-tanda berlakunya serangan jantung di laman Twitter bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Ikuti perkongsiannya di bawah:


Walau bagaimanapun, penyakit ini bolehlah dielak sekiranya sentiasa menjalani gaya hidup sihat supaya memperolehi jantung yang sihat. Antaranya ialah dengan berhenti merokok, urus stres dengan baik, kekalkan berat badan ideal dan beberapa lagi.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih