Nak Mintak Hutang Beli Gula Je Dari Mak, Sekali Mak Ungkit Sampai Hutang ‘Sewa Rahim’ 9 Bulan
Tapi pernah tak korang saja-saja bergurau ‘tuntut hutang’ dengan ibu atau ayah korang? Bagi yang tak pernah buat tapi ada niat, baik korang tengok video ni dulu, takut menyesal.
Dalam video yang dikongsikan gadis bernama Nazifa ni, mulanya dia bertanya perihal ibunya yang dulu pernah hutang duitnya untuk beli gula. Tapi siapa sangka, respon sang ibu cukup ‘menusuk’ tapi pada yang sama menghiburkan juga.
“Hang bayar hutang ‘sewa rahim’ kat aku”
Dalam loghat utara, ibu gadis itu membalas,
“Hang bayar ‘hutang sewa rahim’ aku sat.
“Kita kira hat sehari sampai sembilan bulan sudah la,” jawab ibunya, disambut gelak ketawa Nazifa.
Tak cukup dengan itu, ibunya turut ‘mengungkit’ belanja membela anaknya selama 20 tahun. Siap bagi ‘diskaun’ lagi kos susu yang dah dibelanjakan untuk membesarkan gadis itu.
Video mencuit hati ini turut ditonton hingga 350 ribu kali di TikTok dan meraih sehingga 26.8 ribu sukaan setakat ini. Nak gelak sama-sama, tonton video penuh di bawah.
@nazifa16_ Ni laaa makk makk skrg 😂
♬ original sound - nazifa16
“Mak dah bukak buku 555”
Di ruangan komen, warga net turut pecah tawa dengan gelagat ibunya yang siap mintak hutang ‘sewa rahim’.
0 Response to "Nak Mintak Hutang Beli Gula Je Dari Mak, Sekali Mak Ungkit Sampai Hutang ‘Sewa Rahim’ 9 Bulan"