-->
banner here
Powered by Blogger.

Netizen Bengang Lihat Nissan Almera Pandu Secara ‘Zig-Zag’ Sehingga Mengakibatkan Kemalangan

advertise here


Setiap pemandu sudah mengetahui perbuatan memandu laju melebihi had laju pada kawasan yang tidak sepatutnya boleh mengundang risiko berlakunya kemalangan jalan raya yang agak tinggi.

Baru-baru ini ada sebuah Nissan Almera terlibat dalam kemalangan setelah pemandu kereta tersebut dilihat memandu dalam keadaan melulu serta berbahaya melebihi had laju di jalan tersebut

Pada awal rakaman video dashcam terbabit, rata-rata pengguna jalan raya sedang bergerak pada kelajuan sekitar 80km/j-90km/j dan secara tiba-tiba datang sebuah Nissan Almera dari arah belakang dengan kelajuan dijangka melebihi 100km/j menyelit ‘zig-zag’ di antara kenderaan lain di hadapan kereta tersebut.

Entah macam mana, tiba-tiba kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum berpusing merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan jalan.

Rata-rata orang ramai bengang dan mengecam cara pemanduan berbahaya oleh pemandu Nissan Almera tersebut. Tindakkannya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, bahkan boleh melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Nasib baik ketika kemalangan tersebut berlaku, tidak ada kenderaan lain yang dirempuh teruk oleh Nissan Almera terbabit. Jika tidak sudah pasti mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang lebih buruk ketika waktu itu.

Harap pengguna jalan raya lain dapat mengambil iktibar supaya sentiasa berhati-hati dan tidak memandu secara melulu, lebih-lebih lagi ketika musim hujan yang mengakibatkan jalan basah dan tayar kurang mencengkam.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih