Netizen Geram Lihat ‘Rider’ Menyelit Di Laluan Tol Sehingga Kereta Dihempap Palang


Salah satu ‘rezeki’ apabila menaiki motosikal di Malaysia ialah kita semua
 tidak perlu membayar perkhidmatan tol apabila melalui kawasan tersebut seperti kenderaan-kenderaan bertayar empat yang lain.

Namun ada segelintir pengguna motosikal yang ‘berdegil’ mengambil kesempatan dengan menyelit di laluan utama tol sehingga menyebabkan kenderaan lain dihempap palang tol seperti salah seorang pengguna tol yang berkongsi video dashcam miliknya baru-baru ini.


Ketika waktu itu dia berada di laluan TnG & RFID paling kiri dan mahu keluar daripada laluan tol, secara tiba-tiba ada seorang rider penghantar makanan ‘menyelit’ di bahagian kiri lalu menyebabkan palang tol tertutup menghempap cermin dan bumbung hadapan kereta lelaki ini.

Rakaman video itu telah menyebabkan ramai netizen berkongsi ratusan komen yang kurang berpuas hati dengan tindakan rider penghantar makanan tersebut sehingga menyebabkan ‘kerugian’ kepada pengguna laluan tol yang lain.

Rata-rata ramai meminta lelaki ini untuk melaporkan perkara tersebut kepada syarikat penghantar makanan tersebut supaya dia dapat membuat tuntutan ganti rugi yang setimpal.

Diharapkan agar pengguna-pengguna motosikal lain dapat menggunakan laluan khas yang telah disediakan untuk penunggang motosikal. Gunakanlah ‘kelebihan’ yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih