Pandelela Dedahkan Sikap Sebenar KJ Kerana Tular Gambar Buat Lawatan Mengejut Di Hospital
Gaya beliau yang bersahaja sekaligus membuatkan netizen teruja dengan inisiatif YB Khairy Jamaluddin yang sanggup meluangkan meninjau keadaan di Hospital Kajang serta meluangkan masa bersama para staf.
Tidak hanya mendapat pujian yang tinggi daripada para netizen, atlet renang tanah air, Pandelela Rinong tampil berkongsi di Twitter mengenai sikap KJ yang beliau ingati sehingga kini.
I still remember YB @Khairykj came to the pool without any announcement or entourage, just casually watching diving competition at the normal spectator seat. https://t.co/9OBiNPd84r
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) September 18, 2021
Menurut perkongsian beliau, KJ sebelum ini turut pernah membuat lawatan mengejut suatu masa dahulu untuk menonton pertandingan terjun di mana beliau memilih untuk tampil tanpa sambutan atau iringan serta duduk di tempat duduk penonton biasa.
Perkongsian Pandelela Rinong ini nyata membuatkan para netizen teruja serta memuji dengan sikap KJ yang bersahaja serta tidak kekok untuk turut padang bersama para penonton dan rakyat.
Mantapp KJ https://t.co/VYfDLPSD9G
— Naz (PTPTN)π²πΎπ΅πΈ (@OfficialNazir_l) September 18, 2021
Yup. The thing that I like about Kj is dia tak kekok nak duduk dengan fans https://t.co/jZwRc666cq
— 50uthpaw_ (@50uthpaw) September 18, 2021
Mana-mana kementerian yang dia pergi dia akan cuba buat yang terbaik. Salute YB @Khairykj https://t.co/g3aaJg4JdR
— Fahkrul Radzi (@DrRadzi) September 18, 2021
Pendedahan yang dibuat Pandelela sekaligus membuka mata orang ramai bahawa bahawa lawatan mengejut yang dilakukan KJ bukanlah sesuatu yang baru. Malah, beliau turut melakukan perkara yang sama sebelum ini dalam memantau mereka yang berada di bawah portfolio beliau.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Pandelela Dedahkan Sikap Sebenar KJ Kerana Tular Gambar Buat Lawatan Mengejut Di Hospital"