Pemandu Terlibat Kes Langgar Lari Penunggang Basikal Telah Dikesan – JSPT KL


Pemandu yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Kinabalu  pada 7.15 pagi tadi telah dikesan pihak polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifuddin Mohd Salleh, pemandu kereta berwarna merah yang terlibat merupakan seorang lelaki berumur lingkungan 22 tahun dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Dalam kejadian tersebut, rakaman video tular mendapati mangsa sedang menunggang basikal dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching.

“Sampai di tempat kejadian, di Jalan Kinabalu, penunggang basikal telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis motokar berwarna merah dari arah belakang,” katanya.

“Kenderaan motokar tersebut meneruskan perjalanan tanpa berhenti di tempat kejadian.”

Lantaran itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT KL, 03-2026 0267/69  atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih