Pendaftaran PICK Remaja: Program Imunisasi Kebangsaan 12-17 Tahun
PICK Remaja dilaksanakan selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.
Keadaan terbaharu di dalam negara menunjukkan bahawa perlunya remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan vaksin COVID-19 iaitu:
- Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.
- Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.
Oleh itu, bagi memastikan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah, remaja berumur 12 hingga 17 tahun perlu segera mendapatkan vaksin COVID-19 sebelum bermulanya sesi persekolahan.
Sasaran Vaksinasi👇
KKM menyasarkan peratus remaja yang mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi program PICK adalah seperti berikut:
- 60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin menjelang bulan November 2021.
- 80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
Kesan Sampingan👇
Bagi remaja yang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian mengenai kesan sampingan vaksin COVID-19:
- Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
- Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
– Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
– Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
– Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
– Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi; - Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
- Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.
Cara Mendaftar👇
Untuk mendaftar bagi PICK Remaja, proses aliran pendaftaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
i) Pengetua/Ketua Institusi
- Pengetua/ketua institusi perlu melayari laman web https://vaksinanakku.herokuapp.com/ untuk mendaftar institusi mereka bagi proses vaksinasi.
ii) Ibu bapa/penjaga/remaja
- Ibu bapa/penjaga/remaja itu sendiri perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera.
- Isi maklumat yang diperlukan di dalam aplikasi tersebut dengan lengkap dan betul.
iii) Penyerahan Borang Persetujuan
- Selepas mendaftar di MySejahtera, ibu bapa/penjaga perlu menyerahkan Borang Persetujuan Vaksinasi kepada pihak sekolah.
- Borang Persetujuan Vaksinasi boleh dimuat turun di pautan https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/lain_lain/pdf/Borang%20Vaksin%20Covid-19%20kanak2%20BM-BI.pdf.
Maklumat Lanjut👇
Untuk maklumat lanjut mengenai PICK Remaja, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/.
Sumber: Semakan online
0 Response to "Pendaftaran PICK Remaja: Program Imunisasi Kebangsaan 12-17 Tahun"