-->
banner here
Powered by Blogger.

Pesawat Rimbun Air Dilapor Terputus Hubungan, Operasi Mencari Masih Berjalan

advertise here


Sebuah pesawat kargo milik Indonesia, Rimbun Air dilaporkan terputus hubungan dan hilang, lapor 
Kompas.tv.

Menurut portal itu, pesawat dengan tiga anak kapal tersebut dipercayai hilang ketika dalam perjalanan daripada lapangan terbang Nabire ke Bilorai pagi tadi.

Pesawat berkenaan telah dijadualkan melakukan pendaratan pada pukul 7.10 pagi waktu tempatan, namun ‘hilang’ dan terputus hubungan selepas komunikasi terakhir pada 7.37 pagi tadi.

Tiga anak kapal dilaporkan terlibat ialah juruterbang, H Mirza, pembantu juruterbang, Fajar dan mekanik, Iswahyudi.

Tambah portal itu, kejadian ini telah disahkan oleh Ketua Polis Intan Jaya, AKBP Sandi Sultan.

“Ya, terputus hubungan ketika masuk ke Bilorai. Sudah dekat dengan lapangan,” katanya seperti ditulis portal itu.

“Kami masih berusaha mencari dengan helikopter,” tambahnya.

Pesawat kargo itu juga dikatakan tidak membawa penumpang awam dan hanya membawa muatan bahan binaan di dalamnya.

Memetik Kompas.tv, perjalanan dari Nabire ke Bilorai biasanya memakan masa sekitar 40 minit. Lapangan terbang Bilorai itu dikatakan merupakan salah satu lapangan di Papua yang berada di tepi jurang dengan landasan sepanjang 600 meter.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih