Putrajaya Steps Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Putrajaya Untuk Rekreasi & Riadah

Putrajaya memang terkenal dengan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara. Keindahan landskap dan keunikkan reka bentuk yang dibina menjadi tarikan utama bagi pelancong yang hadir.

Kini, Putrajaya bakal mempunyai tarikan baharu iaitu Tangga Putrajaya Steps yang akan menjadi tarikan kepada pelancong yang meminati aktiviti rekreasi dan riadah.

Menurut kenyataan Bernama di Facebook, Tangga Putrajaya Steps yang kini sudah 80 peratus siap dan bakal menjadi tarikan baharu di Putrajaya.

Projek laluan pejalan kaki ini berkonsepkan taman yang menghubungkan laluan dari Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana, tambah Bernama.

Tangga Putrajaya Steps juga sesuai untuk aktiviti senaman kerana ia direka dengan anggaran ketinggian 30 meter serta untuk pendakian sejauh 200 meter.

Sumber: Siakap Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih