Rancangan TV Korea Buat Permohonan Maaf, Kerana Buat ‘Remix’ Guna Suara Azan
Kita juga sering mendengarkan dendangan azan dengan pelbagai versi yang merdu dan unik dari sesetengah individu bagi menyerikan seruan tersebut.
Namun, terdapat juga kejadian yang mana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab mempermainkan azan dan tidak menghormati agama islam.
Baru-baru ini, sebuah rancangan televisyen Korea bernama MNET telah bertindak menghina kesucian agama islam dengan mempermainkan azan.
Perbuatan itu dilakukan oleh MNET dalam program Street Woman Fighter dengan menggunakan laungan azan yang telah di’remix bersama lagu lain.
Rancangan TV itu telah menggunakan bunyi azan pada bahagian intro lagu latar dalam episod awal rancangan tersebut yang dimuat naik menerusi saluran Youtube milik mereka pada 24 Ogos yang lalu.
Rata-rata daripada mereka menuntut agar MNET membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat islam sehingga mewujudkan tanda pagar #mnetapologize di media sosial.
Selain itu, netizen juga turut menyerang video klip berkenaan program tersebut dalam Youtube serta mengecam kumpulan tersebut.
Menyedari perkara itu, stesen televisyen korea berkenaan telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendapat kecaman daripada orang ramai.
Perkara itu dikongsikan mereka di laman Instagram milik MNET dengan ulasan serta kekesalan mereka menggunakan seruan azan sebagai lagu intro mereka.
Menurut mereka, pihak produksi mereka menyangka bahawa bunyi eletronik pada lagu tersebut adalah sesuai dengan lagu latar program berkenaan.
Selain itu, mereka juga turut bertindak memadam video yang dimuat naik itu selain turut menghormati segala kritikan yang telah dilemparkan.
0 Response to "Rancangan TV Korea Buat Permohonan Maaf, Kerana Buat ‘Remix’ Guna Suara Azan"