Ratusan Burung Pipit Tiba-tiba Jatuh Dari Pokok, Ditemui Mati Secara Misteri


Ratusan burung pipit mati secara misteri di Cirebon, Indonesia timbulkan seribu persoalan di benak warga setempat. Bangkai burung pipit ini ditemui berserakan di sekitar pohon di bahagian depan hingga belakang Dewan Bandaraya Cirebon semalam.

Bahkan beberapa bangkai tersebut turut terjatuh ke dalam longkang di sekitar kawasan tersebut. Menurut laporan Tribunnews, beberapa burung ini masih hidup setelah tiba-tiba jatuh dari pokok tetapi keadaannya sudah tak bermaya.

Salah seorang petugas kebersihan bersaksi, burung-burung tersebut dilihat terbang seketika namun kembali hinggap ke tanah tak lama kemudian. Sehingga kini, misteri kematian mendadak burung-burung pipit ini masih menjadi tanda tanya.

Pegawai Pemerintah Wilayah Cirebon, Prasojo Raharjo Utomo mengaku terkejut dengan fenomena ini setelah melihat ‘pemandangan’ ratusan bangkai burung berserakan di Dewan Bandaraya tersebut.

“Burung-burung ini memang menghuni pepohonan di sekitar dewan, tapi sebelum ni tiada apa-apa masalah,” katanya, memetik laporan Tribunnews.

Sampel air liur beberapa burung yang mati telah diambil Kementerian Perhutanan, Kelautan dan Perikanan (DPPKP) Cirebon dan kini dalam proses penelitian.

“Selama bertugas, baru pertama kali fenomena ini terjadi dan kami juga belum tahu penyebabnya,” kata Tri Angka, pegawai veterinar yang bertugas di DPPKP setempat.

Tambahnnya, penilitian lanjut perlu dijalankan untuk menangani fenomena misteri ini dan mengelakkan kejadian serupa berulang di masa akan datang.

Menurut laporan Tribunnews, burung-burung ini ditemui dalam keadaan basah dan diduga mati secara tiba-tiba kerana perubahan iklim yang ekstrem dalam waktu yang singkat.

Sumber: Siakap keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

TAG