Restoran Kopitiam Di New York Mohon Maaf Bagi Gambaran Salah Mengenai Malaysia Dan Nasi Lemak
Memetik laporan Malay Mail, difahamkan bahawa restoran Kopitiam yang dinamakan sebagai restoran baru terbaik di AS pada tahun 2019 diasaskan Kyo Pang, anak kelahiran Malaysia. Di dalam temubual bersama Food Insider, dilaporkan bahawa mereka mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa Kyo sedang meminta suaka dari AS kerana menjadi gay adalah dilarang di Malaysia.
Di media sosial, orang ramai mula meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Sebahagian kecewa apabila nasi lemak dimakan menggunakan penyepit, manakala yang lain pula menyatakan bahawa pihak restoran sepatutnya tidak mencampuradukkan hal peribadi dalam video ulasan makanan.
Kenyataan restoran
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak restoran terbabit menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di atas kesalahan mereka yang memberi informasi yang salah semasa di temubual bersama Food Insider.
Difahamkan bahawa video itu dibuat dua tahun yang lalu, manakala individu yang memberi komen mengenai komuniti LGBTQ di Malaysia sudah pun meninggalkan restoran terbabit dan dia bukanlah orang Malaysia.
Restoran itu juga meminta maaf kerana mengatakan bahawa nasi lemak dibuat daripada nasi putih dan bukannya beras yang diadun dengan santan dan ia harus dimakan menggunakan sudu dan bukannya penyepit.
Ia juga menyatakan bahawa restoran tersebut telah menghantar e-mel kepada Food Insider mengenai isu tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada laman tersebut.
0 Response to "Restoran Kopitiam Di New York Mohon Maaf Bagi Gambaran Salah Mengenai Malaysia Dan Nasi Lemak"