Satu Keluarga Naik Motosikal Kemalangan Kerana Pemandu Wira Tukar Lorong Secara Mengejut
Menukar lorong secara tiba-tiba merupakan salah satu faktor utama kenapa kemalangan jalan raya boleh berlaku di negara kita. Lebih buruk lagi apabila kenderaan lain yang menerima ‘akibat’ atas keputusan yang dibuat oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.
Tular baru-baru ini satu rakaman dashcam satu keluarga termasuk seorang kanak-kanak yang sedang menaiki motosikal merempuh sebuah kenderaan model Mazda setelah SUV tersebut terpaksa brek mengejut apabila ada sebuah Proton Wira menukar laluan lorong secara tiba-tiba.
Alah sialnya wira tu
— NurSajat (@naimazharrrr) September 18, 2021
pic.twitter.com/BFEw4KhgzZ
Rakaman video tersebut terakam pada dashcam salah sebuah kenderaan yang berada di belakang mereka. Proton Wira tersebut secara terang-terangan dilihat menukar masuk ke laluan kirinya secara mengejut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain pula terlibat kemalangan.
Orang ramai yang menonton video tersebut rata-rata memberikan komen yang tidak berpuas hati dengan tindakan melulu pemandu Proton Wira tersebut.
Pada masa yang sama, ramai memberi pesanan kepada penunggang motosikal serta pemandu kenderaan bertayar empat di luar sana supaya mengamalkan jarak pemanduan selamat agar dapat mengelak sekiranya kenderaan hadapan membuat brek mengejut secara tiba-tiba.
— π΅πΈπ²πΎΨ§ΨΩ Ψ― (@ahmdfik) September 19, 2021
Thanks to the couple who check the victims first before their car. Humanity restored; at least✨ππ» Semoga takde kecederaan serius aamiin. https://t.co/OvTpCuZ6qT
They checked if the victim is okay or not first warms my heart. https://t.co/2Mo1tBGw0R
— Wazy (@afsafawwaz) September 19, 2021
Marilah install dash cam, we will never know https://t.co/jP7CVQShBc
— . (@CedNasir_) September 20, 2021
Para netizen turut memuji pasangan di dalam kereta Mazda tersebut kerana sejurus motosikal melanggar bahagian belakang kereta mereka, kedua-duanya terus melihat keadaan ahli keluarga tersebut.
Tidak kurang juga ada yang menyeru orang ramai agar memasang sistem dashcam pada kenderaan masing-masing kerana ia bukan sahaja dapat merakam ‘bukti’ untuk diri sendiri, pada masa yang sama ia boleh membantu merakam insiden yang berlaku kepada orang lain.
Semoga ahli keluarga motosikal tersebut cepat pulih dan insiden ini menjadi iktibar buat orang ramai agar sentiasa memandu secara defensive berbanding pemanduan agresif yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Satu Keluarga Naik Motosikal Kemalangan Kerana Pemandu Wira Tukar Lorong Secara Mengejut"