Sayu Tengok Pekerja Solat Bawah Panas Terik , Wanita Bantu Sediakan Khemah Surau Walaupun Berbeza Agama


Bukan mudah untuk mengekalkan perpaduan dalam negara yang dihuni oleh masyarakat yang berbilang
 agama dan kaum. Akan ada pelbagai krisis dan isu yang boleh menggoyahkan keharmonian dan kesejahteraan yang dimiliki selama ini.

Namun, semua itu tiada tandingannya dengan kisah-kisah sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang saling menghormati di antara satu sama lain.

Sama seperti kisah yang tular di media sosial hari ini mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam menghormati dan menghargai pekerja-pekerjanya yang sedang bersolat.

Menerusi perkongsian Wendy Gwen di Instagram Story, dia meluahkan rasa pilu apabila melihat pekerjanya sedang bersolat di bawah panas terik dan hanya beralaskan zink.

Apa yang menyentuh hati adalah apabila dia dan suaminya berpakat membeli kanopi untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pekerjanya. Tidak cuma itu, dia juga menyediakan tikar untuk menjadi alas tempat solat.

Gwen juga turut memberikan nasihat kepada orang ramai agar melayan sesiapa saja dengan sebaiknya tanpa mengira pangkat.

“Jangan pernah melihat manusia itu mengikut taraf sosial mereka, tidak kira apa pun kerja mereka. Layanlah mereka selayaknya manusia yang memerlukan asas keperluan hidup.

“Saya rasa bersalah betul sebab saya tidak tanya awal-awal keperluan dorang,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan satu ‘pemandangan’ yang memberikannya keinsafan dan tamparan hidup buatnya.

“Saya tahu Tuhan sedang tegur saya dengan cara yang halus. Sejauh mana iman saya? Walaupun berlainan agama, kadang-kadang teguran dari Tuhan itu datang dengan cara yang kita tak jangka.

“Mungkin Tuhan mahu cakap.. tengok tukang kamu. Serba kurang ketika itu tetapi dia tetap kasi jalan tanggungjawab dia. Kamu manusia yang ada rumah selesa, ada kemudahan, ada kamu beribadah macam tu ka?

“Masuk hari kedua saya perhati tukang itu dari tingkap. Masuk waktu saja, dorang solat.

“Kita ni? Islam ka bukan ka. Bila masuk waktu kita ada terus sembahyang ka? Atau kita tangguh?,” luahnya menerusi Instagram Story.

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian netizen yang terharu dan kagum dengan sikap Gwen dan suaminya yang menghormati pekerjanya walaupun berlainan agama.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih