Sekian Lama Menghilangkan Diri Sajat Yang Bersembunyi Di Thailand Kini Ditahan Pihak Berkuasa


Selepas beberapa bulan tidak dapat ditemui oleh pihak berkuasa, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September 2021.

Menurut laporan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberikan maklumat kepada pihak berkuasa Thailand berkaitan Sajat yang berjaya melarikan diri ke negara berkenaan dan usaha mengesannya telah dilakukan oleh jabatan imigresen untuk mengesan lokasi persembunyian Sajat sekaligus menahannya.

Pihak berkuasa Thailand telah menahan Nur Sajat di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen. Kemudian, Sajat dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di sana.

Pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri dan dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport miliknya juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia dan Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen tetapi dia dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari dan pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat ke Malaysia. Akan tetapi, rundingan agak sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Difahamkan, Sajat sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Malah, pihak ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga menyediakan peguam untuk Sajat dan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

Menurut sumber, Sajat mendakwa mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam dan diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjadi alasan Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih