Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen
Pada petang semalam salah seorang pemandu kereta di kawasan Putrajaya berkongsi satu ciapan video dashcam menunjukkan ada dua orang penunggang basikal menggunakan jalan raya utama untuk melakukan aktiviti terbabit sehingga kenderaan lain terpaksa ‘lebih berhati-hati’ bagi menjaga keselamatan semua pihak.
Putrajaya today. Bahaya betul korang ni. Cc : @putrajayacorp @kw_seriwilayah @PDRMsia @JPJ_Malaysia @KBSMalaysia @putrajayaMY pic.twitter.com/N3NRZea73b
— 𝙴𝚣𝚣𝚊𝚝 𝙰𝚕-𝙵𝚛𝚎𝚍𝚘 (@chicanoz) September 25, 2021
Menurut pemilik ciapan itu lagi, di awal rakaman video dashcam kita dapat lihat lelaki ini terpaksa ‘himpit’ kenderaan lain di sebelah kiri untuk beri laluan kepada kedua-dua penunggang basikal yang berada di bahagian kanan jalan.
Tambahnya lagi, laluan untuk aktiviti berbasikal di beberapa kawasan di Putrajaya sudahpun disediakan oleh Perbadanan Putrajaya. Namun kedua-duanya masih berdegil serta mengambil risiko untuk mengayuh basikal di tengah-tengah jalan.
Pada masa yang sama lelaki ini turut menyatakan pada akhir tahun lalu, ada seorang penunggang wanita maut setelah hilang kawalan lalu bergesel dan dilenyek sebuah lori semasa berbasikal di kawasan Putrajaya.
Rata-rata orang ramai ‘menarik nafas panjang’ setelah melihat video terbabit. Mereka cukup risau melihat penunggang-penunggang basikal ini sanggup mengabaikan keselamatan sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Astaga, nyawa ada 9 igek kh sampei nak cycling tgh2 lebuh raya https://t.co/sGc8sGWnWP
— Def% (@uglybadassbitch) September 26, 2021
Weh naik basikal dok tengah tengah jalan besaq lagu tu 😱 aku hat naik moto pun kadang ketaq kaki kaki bila tak dok tepi https://t.co/2JvBWQ59Mi
— najwa (@najwaaaanuar) September 25, 2021
Penat dah hadap bebenda camni kt Putrajaya 🤭 https://t.co/iCBQpiifXH
— akmalimran (@akmallimran) September 25, 2021
Minta mereka yg gemar menjalankan aktiviti berbasikal, sentiasa guna laluan yg lebih selamat atau laluan berbasikal yg telah disediakan oleh pihak berwajib. Elakkan perkara yg tidak diingini berlaku dan jangan bahayakan diri atau mereka yg lain. https://t.co/hX4KuB0PBU
— Syafiq Ali 🤘🏻 (@syafiqalib) September 26, 2021
Hati hati kepada penunggang basikal.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 19, 2020
Kemalangan maut babitkan sebuah lori dan penunggang basikal wanita di Putrajaya pagi ini.
Sumber : FB Shukri Hassan pic.twitter.com/EnQGNGx6Wk
Menurut netizen lagi, kawasan Putrajaya kini semakin ‘dibanjiri’ oleh penunggang-penunggang basikal setelah tempat tersebut sudah bertukar ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan sudah letih untuk bersabar apabila terpaksa ‘berkongsi’ jalan raya dengan mereka.
Jika ada sebahagian daripada pembaca yang mempunyai niat untuk berbasikal di Putrajaya, bolehlah gunakan trek basikal yang telah disiapkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya.
Biarlah penunggang-penunggang basikal lain kata anda tidak cool dan thrill kerana menggunakan trek basikal, sekurang-kurangnya anda telah selamatkan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen"