Sempena Tahun Baru Yahudi, ‘Hacker’ Malaysia Buat Kejutan Godam 7 Juta Data Rakyat Israel
Terbaharu, bersempena dengan Tahun Baru Yahudi atau turut dikenali sebagai ‘Rosh Hashanah’, seorang penggodam dari Malaysia yang menggunakan nama Sang Kancil berjaya menggegarkan sistem sekuriti negara tersebut sehingga dilabelkan sebagai godaman terbesar dan terburuk dalam sejarah Israel.
🇮🇱 A threat actor just selling a seven million records database of Israeli citizens on the deep web 🚨 pic.twitter.com/VB97oKJI8q
— DarkFeed (@ido_cohen2) September 6, 2021
Difahamkan godaman yang dibuat melibatkan 7 juta rakyat Israel melibatkan rekod pasport dan juga kad pengenalan. Malah, serangan yang dibuat nyata membuatkan Israel sekali lagi panik selepas sistem sekuriti mereka diceroboh.
Tidak hanya sekadar membuat godaman, Sang Kancil turut memaparkan bukti godaman yang terdiri daripada bil pembayaran majlis perbandaran, nama, tarikh lahir, lesen memandu dan sebagainya. Beliau juga turut memuat naik bukti tersebut di sebuah forum dan memaklumkan data rakyat Israel ini sedia untuk dijual.
Times of Israel melaporkan seorang penggodam dengan nama SANG KANCIL telah berjaya menggodam 7 juta orang Israel. Ini disifatkan sebagai antara penggodaman terbesar dan terburuk dalam sejarah Israel.
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 7, 2021
SANG KANCIL berkata "INI ADALAH KEJUTAN PERTAMA AKU UNTUK TAHUN BARU YAHUDI!" pic.twitter.com/DwopuVLqPQ
Menerusi pelbagai serangan godam kepada Israel yang dibuat pada tahun ini jelas menunjukkan kehebatan penggodam dari Malaysia dalam melumpuhkan serangan musuh.
Untuk pengetahuan, ini merupakan kali kedua berturut-turut dalam minggu ini Israel dimalukan dunia selepas insiden enam warga Palestin berjaya meloloskan diri dari penjara Israel yang didakwa mempunyai sistem sekuriti terbaik.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Sempena Tahun Baru Yahudi, ‘Hacker’ Malaysia Buat Kejutan Godam 7 Juta Data Rakyat Israel"