Seronok Berlumba Lawan Arus, 4 Lelaki Ditahan Polis Semasa ‘Berehat’ Di R&R


Sejak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan COVID-19 di Malaysia bakal
 memasuki fasa endemik menjelang Oktober nanti, sudah banyak kelonggaran telah diberikan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa bersama virus ini.

Namun baru-baru ini tindakan empat orang lelaki meraikan ‘kelonggaran’ tersebut dengan berlumba dan melawan arus menggunakan kereta-kereta mewah yang terdiri daripada 2 buah model Nissan GT-R R35, sebuah BMW M6 dan Mercedes-Benz. Akhirnya tindakan berbahaya mereka membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan pada malam semalam, lapor Harian Metro

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menjalankan operasi berkenaan dengan kekuatan dua pegawai dan 19 anggota daripada Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, antara 10 malam hingga 4.45 pagi tadi.

“Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus didapati bersaing secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar.

“Pada 11.50 malam dua kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes-Benz didapati melakukan aksi sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memetik Harian Metro, pada pukul 12.30 tengah malam semua suspek dilihat memberhentikan kenderaan di kawasan parkir R&R Awan Besar dan sepasukan polis kemudiannya menghampiri dan menahan kesemua suspek yang berusia 24 hingga 34 tahun, lalu membawa mereka ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih