-->
banner here
Powered by Blogger.

Status Kelulusan Rayuan BPR Boleh Disemak Mulai Hari Ini

advertise here


Semakan status kelulusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dilakukan menerusi portal mulai esok (Sabtu).

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan memaklumkan, pembayaran rayuan BPR ini akan melibatkan hampir 200 ribu penerima BPR dengan anggaran perutukan sebanyak RM 240 juta.

”Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersekali dengan penerima bayaran BPR fasa tiga,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga telah mengemaskini data golongan B40  yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun lalu.

”Permohonan rayuan ini telah diverifikasikan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.

”Kerajaan berharap bantuan tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini boleh membantu Keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka,” katanya.

Tambah beliau, selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR ini, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan untuk menyertai Program Jaringan Prihatin.

”Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 Septermber 2021.

”Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa dan memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal,” katanya.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih