‘Sudah Bayar Booking Dan Sign Surat Perjanjian’- Ejen Hartanah Ini Didakwa Naikkan Sewa Sesuka Hati
Ketika ini, bukanlah semua orang mampu untuk membeli rumah dan memilih untuk menyewa terlebih dahulu sebelum kewangan stabil.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @malissaali telah berkongsi situasi dirinya dan suami apabila ejen hartanah menaikkan sewa secara tiba-tiba sebelum berpindah ke rumah sewa barunya itu walaupun telah tandatangan surat tawaran dan buat bayaran deposit.
Biasanya aku tweet recommend servis/produk. Harini aku tweet untuk korang elak deal dengan property agent ni.
— Malissa Ali (@malissaali) August 31, 2021
Eventho dah bayar booking dan signed, last minit 7 days before pindah we lost the unit. Dia naikkan rent kalau nak juga rumah. That left us w/o a house sbb kena move out. pic.twitter.com/Odsq7VX3rZ
Bercakap kepada The Vocket, Malissa mengatakan bahawa 7 hari sebelum hari pindah rumah baru, ejen hartanah yang dikenali sebagai Jonas Tong itu menaikkan harga sewa. Jika Malissa masih mahu menyewa perlu membayar lebih terutama sekali ada penyewa lain sanggup membayar lebih RM200 daripada harga asal yang ditawarkan.
Difahamkan, Malissa dan suami telah membayar RM1,500 kepada ejen hartanah tersebut dan mendapatkan kembali wang pendahuluan itu selepas mengugut mahu membuat laporan polis.
Kau bayangkan dia kata “ada tenant boleh bayar extra RM 200, kalau you nak unit tu bayar extra”
— Malissa Ali (@malissaali) August 31, 2021
Thats not how it fucking works? Ni bukan auction orang nak bidding rent price?!!!
Nama mamat ni Jonas Tong dan ni company dia kerja. AMO Properties Venture. God forbid anyone from dealing with this company!!! pic.twitter.com/ae5cvBtKlw
— Malissa Ali (@malissaali) August 31, 2021
Tambahnya, pihaknya juga mengalami kerugian kerana perlu membayar kos perkhidmatan interior design dan kos kitchen cabinet yang sudah dibuat mengikut ukuran rumah.
Lantaran itu, Malissa dan suami terpaksa tinggal bersama keluarga mertua buat sementara waktu sehingga jumpa rumah sewa lain. Bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh Malissa dan suami, beberapa pemilik rumah di kawasan kejiranan itu telah menghubungi pemilik rumah itu.
Development kepada kes ni.
— Malissa Ali (@malissaali) September 1, 2021
Ada landlord unit lain baik hati tolong tanyakan landlord rumah yang sepatutnya kami sewakan.
Agent ni bukan agent dia pun, dan rumah yang *katanya* ada tenant sanggup bayar lebih tu, tak disewakan pun lagi.
Wtf berani gila scam orang berdepan macam ni pic.twitter.com/9cxj6MiZ6D
Alangkah terkejutnya apabila pemilik rumah tidak tahu akan isu tersebut dan mengatakan ejen hartanah itu bukanlah ejennya. Malah, pemilik rumah juga mengatakan rumah terbabit masih tiada yang sewa.
Malah, ada wakil daripada syarikat ejen terbabit telah menghubunginya untuk memberikan ganti rugi selepas orang ramai complained kepada syarikat itu. Malissa menasihati orang ramai agar berhati-hati dan pastikan pemilik rumah ada ketika tandatangan perjanjian agar tidak berlaku hal seperti yang dialaminya.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "‘Sudah Bayar Booking Dan Sign Surat Perjanjian’- Ejen Hartanah Ini Didakwa Naikkan Sewa Sesuka Hati"