Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober
SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober
Pembukaan semula sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa PPN setiap negeri seperti berikut:
FASA 1
- Semua institusi pendidikan ditutup
- Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
FASA 2
- Semua institusi pendidikan ditutup
- Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
- Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah
FASA 3
- Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko
FASA 4
Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.
Sistem Penggiliran๐
Pembukaan sekolah ini mengikut sistem penggiliran iaitu:
- Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
- Kapasiti kelas dihadkan kepada 50%
- Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan
Ada beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan fasa-fasa berikut:
- Murid bekerperluan khas
- Murid Ting 6 / Peperiksaan
- Murid sekolah asrama sepenuhnya
- Murid kelas peperiksaan
- Murid sekolah tadika 4-6 tahun
- Sekolah kurang murid
Tarikh Buka Sekolah 2021๐
Berikut adalah tarikh pembukaan semula sekolah mengikut fasa PPN negeri masing-masing:
Fasa 1
- Sekolah rendah: Semua murid PdPR
- Sekolah menengah: Semua murid PdPR
Fasa 2 – Sekolah Rendah
- Murid lain PdPR
- MBK di SKPK & PPK — hadir tanpa penggiliran
Fasa 2 – Sekolah Menengah
- Murid lain PdPR
- Murid tingkatan 6 sem 2, IBD tahun 2 dan program pra universiti sem 3 di sekolah sukan malaysia hadir tanpa penggiliran
- MBK di SMKPK / SMPKV & PPKI hadir tanpa penggiliran
- Murid kelas peperiksaan antarabangsa hadir tanpa penggiliran
Fasa 3 – Sekolah Rendah
- MBK di SKPK & PPKI hadir tanpa penggiliran
- Murid lain PdPR
- Murid prasekolah / tadika swasta hadir tanpa penggiliran
Fasa 3 – Sekolah Menengah
Fasa 4
Lanjutan Sesi Persekolahan Mac 2022๐
Sementara itu, Dr Radzi turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.
Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.
SOP Persekolahan 2021๐
Berikut SOP terkini sesi persekolahan 2021
- Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)
- Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
- Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
- Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.
- Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.
- Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
- Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.
- Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.
0 Response to "Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober"