Terima Surat Saman, Pemilik Myvi Berang Selepas Keretanya Kena ‘Klon’ Dengan Honda Civic


Ramai orang Malaysia sanggup berbuat apa sahaja bagi mendapatkan ‘kereta idaman’ masing-masing, samada berusaha menggunakan cara betul ataupun sebaliknya yang menyalahi undang-undang.

Sehari dua ini tular video TikTok yang dimuat naik semula di mana seorang pemilik Perodua Myvi terkejut apabila menerima saman AES di mana dalam saman tersebut tertera gambar sebuah model Honda Civic FD menggunakan nombor pendaftaran yang sama seperti kereta miliknya.

@milysha20

Memang 4njing

♬ original sound - Ahmad Syammil

Pemilik asal video ini telah pun membuat laporan polis mengenai kereta Myvi telah diklon oleh Honda Civic yang tidak dikenali. Menurutnya semasa membuat laporan itu, dia membawa surat saman yang diterima, kereta yang menjadi ‘mangsa’ berserta geran kereta tersebut sebagai bukti kukuh.

Setelah itu pihak polis meminta pemilik Myvi ini untuk membawa kesemua bahan-bahan bukti termasuk surat laporan polis ke JPJ berdekatan untuk menyemak nombor badan dan enjin kereta untuk pengesahan.

Setelah pengesahan dan semakan dibuat, barulah pihak JPJ akan ‘membersihkan’ saman yang dikeluarkan kepada pemilik Myvi tersebut di dalam sistem rekod mereka.

@mhmdhqll Reply to @faiztogeh_ ♬ original sound - dutt's

Video tersebut telah mendapat hampir tujuh ratus ribu tontonan dan seribu komen daripada netizen. Ramai yang terkejut serta berasa gerun apabila mendapati ada peluang untuk kereta-kereta mereka diklonkan tanpa sedari sehingga boleh menyusahkan mereka di kemudian hari.

Pada masa yang sama orang ramai turut mengucapkan terima kasih kerana berkongsi perkara yang terjadi kerana secara tidak langsung ia telah memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya apabila kenderaan diklon oleh pihak bertanggungjawab.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih