TERKINI : Ayash Anak Bongsu Shuib Sudah Pulang Ke Rumah

Pelawak terkenal, Shuib sebelum ini, memaklumkan dia akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di hospital. Difahamkan, pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama anak beranak ini dan Shuib menjelaskan anak bongsunya mempunyai iras seperti wajahnya.

Terbaru, menerusi posting yang dimuat naik di Instagram Allahyarham Siti Sarah, memaparkan momen pertemuan empat beradik ini. Difahamkan, anak kepada pasangan ini iaitu Uwais, Talita, dan Matin begitu ‘teruja’ akan kehadiran adik bongsu mereka dan kerap bertanyakan akan keadaan Ayash Affan ketika dia berada di hospital.

Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari-hari tanya pasal Ayash. Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik Ayash.

Pada masa yang sama, pengendali akaun Instagram Allahyarham Siti Sarah, turut mengucapakan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menitipkan doa buat keluarga ini.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.



Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu, selepas ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Oh Bulan
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
TAG