TERKINI : Lava Gunung Berapi Dilapor ‘Telan’ Rumah Penduduk


Satu letusan gunung berapi di Canary Islands, Sepanyol menyebabkan lava memenuhi jalanan di kawasan perumahan, memaksa sekitar 6,000 penduduk tempatan melarikan diri, lapor
 Daily Star.

Menurut portal itu, dalam kejadian 3 petang waktu tempatan pada Ahad lalu (19 September), cairan lava telah ‘memakan’ bangunan-bangunan di lokasi terlibat. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian letusan pertama sejak 1971 tersebut.

Rakaman tular tragedi itu menunjukkan cairan lava bergerak ke arah kumpulan bomba yang bertugas di salah sebuah kampung terlibat. Ujar Sergio Rodriguez selaku datuk bandar, lava itu telah membakar segala benda yang berada di laluannya.

Tambah Daily Star, cairan berapi itu telah memusnahkan rumah, infrastruktur dan pokok-pokok di kawasan terjejas.

Sementara itu, pasukan krisis tempatan dilaporkan khuatir dengan kesan pelepasan gas toksik yang berisiko terjadi sekiranya lava sampai ke lautan.

Lantaran itu, suatu zon khas telah diwujudkan di laut sejajar dengan kawasan pantai manakala kumpulan penyelamat akan menghalang akses ke lokasi terlibat, tulis Daily Star.

Lava setinggi enam meter itu pada awalnya dipercayai bakal tiba ke pantai pada 8 malam waktu tempatan, namun dilaporkan bergerak lebih perlahan.

Berikut adalah kompilasi pergerakan lava semasa kejadian.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih