TERKINI : Pembukaan Sekolah Kapasiti Kelas Dihadkan 50% Sahaja, Murid Dibahagi Kepada 2 Kumpulan – Dr Radzi Jidin
Jelasnya dalam sidang media hari ini, murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kapasiti 50 peratus bagi setiap kelas.
“Apabila sekolah dibuka semula berdasarkan fasa-fasa, perkara paling penting adalah supaya kehadiran ke sekolah pada satu-satu masa adalah hanya 50 peratus daripada keseluruhan,” katanya.
Tambah beliau, murid dalam sesuatu kelas akan bergilir-gilir ke sekolah setiap minggu mengikut kumpulan masing-masing.
Bagi kumpulan yang tidak ke sekolah, mereka akan mengikuti sesi PdPR dari rumah masing-masing, ujarnya.
Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu - @RadziJidin pic.twitter.com/Jn8OCkkPRp
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 12, 2021
Tambahnya lagi, murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara yang tidak terlibat penggiliran kelas.
Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas - @RadziJidin pic.twitter.com/MHGW37kukq
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 12, 2021
Sumber: Siakap Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "TERKINI : Pembukaan Sekolah Kapasiti Kelas Dihadkan 50% Sahaja, Murid Dibahagi Kepada 2 Kumpulan – Dr Radzi Jidin"