Tokoh Ulama Kedah, Tuan Guru Dato Pakteh Mat Meninggal Dunia


Tokoh ulama yang disegani di Kedah,
 Tuan Guru Haji Ahmad Haji Muhammad Noor atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Dato Pakteh Mat dilaporkan telah meninggal dunia tengah malam tadi di Hospital Kuala Nerang, Kedah.

Berita pemergian itu telah dimaklumkan oleh cucunya dan turut dikongsikan oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa di Facebook sebentar tadi.

Menerusi perkongsian cucunya, Mariam Abdul Ghani pada 11 September lalu, Allahyarham Tuan Guru dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang setelah beberapa hari kesihatannya merosot dan mengalami kekurangan oksigen.

Kegigihan Allahyarham dalam berdakwah dan menegakkan syiar Islam di Kedah sememangnya sangat dihargai ramai dan beliau juga merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Pondok Ahmadiah di negeri itu.

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

TAG