Video Hannah Yeoh Di Parlimen Ini Bikin Netizen Seram Kerana "Kerusi Belakang Pusing Sendiri"
Sama seperti tularnya satu video di media sosial ini yang dimuat naik sendiri oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh di laman Twitter rasminya.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 18 saat itu, beliau menuntut penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan isu rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan Taman Rimba Kiara di Parlimen.
Walau bagaimanapun, dalam video tersebut dilihat terdapat kerusi di belakangnya 'bergerak secara sendiri' ketika beliau berucap bermula pada saat ke-11.
Tonton video berkenaan di bawah:
Kerusi belakang pusing sendiri π±π±π± pic.twitter.com/Fsv74ggYyG
— Raaj (@mraaj89) September 22, 2021
Tiada individu yang dilihat duduk di kerusi berkenaan ketika ia berpusing sendiri
Hasil semakan SAYS Seismik di portal rasmi Parlimen Malaysia mendapati kerusi tersebut memang 'kosong' dan tiada pemilik berdasarkan tempat duduk Ahli Dewan Rakyat.
Malah ketika Hannah Yeoh berucap, difahamkan tiada individu yang dilihat duduk di kerusi berkenaan ketika ia berpusing sendiri.
Berikut kami sertakan juga kedudukan tempat Ahli Dewan Rakyat berdasarkan gambar rajah yang dimuat naik di portal rasmi Parlimen Malaysia:
"Hantu pun dah ambil alih kerusi MP dalam Parlimen" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis video itu sudah pun meraih lebih 70.8K views, 392 retweets dan 551 likes di laman Twitter.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen berseloroh mengatakan kemungkinan besar terdapat 'hantu' yang tinggal di bangunan Parlimen kerana setelah kian lama 'ditinggalkan' dan tidak dibuka.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Hantu lagi berminat nak hadir parlimen dibandingkan dgn MP. PRU depan kita undi hantu ja la.
— qie #13YearsWithIU (@qiechan516) September 22, 2021
Hadir tapi sembunyi bawah meja spjg sesi perbahasan.
— Edward Newgate (@EdwardN57528755) September 22, 2021
Hahahah parlimen lama sangat kosong, sampai hantu pun take over hahahah
— naz-ghul πΊπ²πΎ (@anasnazri) September 23, 2021
There was rumors long ago that Parliament building was already haunted by ghost lols
— hareshanand govindasamy (@HaarreessH) September 22, 2021
Sumber: Says
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Video Hannah Yeoh Di Parlimen Ini Bikin Netizen Seram Kerana "Kerusi Belakang Pusing Sendiri""