Wanita Ini Kongsi Realiti Sebenar Langkawi Selepas Dibuka Kembali
Kecoh di media sosial mengatakan Langakawi mulai ‘padat’ dengan pelancong tetapi realiti sebenar sebaliknya. Terbaharu, seorang pengguna Facebook Sabarina Yaacob yang bercuti ke Langkawi pada 18 September yang lalu telah berkongsi keadaan sebenar Langkawi.
Menerusi perkongsiannya, Langkawi tidaklah padat seperti diwar-warkan dan tidak semeriah dulu. Bukan itu sahaja, para penduduk tempatan juga kehilangan banyak sumber pendapatan kerana kurangnya kedatangan pelancong.
Bukan itu sahaja, dapat dilihat suasana di Langkawi yang sunyi dan ‘kosong’ tanpa kehadiran pelancong. Para penggiat pelancongan seperti pemandu teksi, pemandu bot dan sebagainya turut dilihat tidak sibuk seperti kebiasaanya.
Perkongsian terbabit mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa simpati serta berharap mereka yang berkemampuan akan melancong ke Langkawi untuk menghidupkan kembali pulau tersebut.
Buat anda yang melancong ke Langkawi ataupun destinasi lain yang bakal dibenarkan kerajaan tidak lama, pastikan anda patuhi SOP agar tiada penularan wabak COVID-19.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Wanita Ini Kongsi Realiti Sebenar Langkawi Selepas Dibuka Kembali"