Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video ‘Teaser’ City Hatchback


Minggu lalu, gambar pekerja bersama model terakhir Honda Jazz di Malaysia telah meraih perhatian ramai kerana model tersebut cukup ikonik dikalangan peminat-peminat kereta Honda bersaiz kompak.

Nampaknya orang ramai tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mengetahui ‘pengganti’ kereta tersebut. Pada tengah hari tadi, Honda Malaysia telah mengejut orang ramai apabila memuat naik satu video ‘teaser’ pendek model Honda City Hatchback.


Kereta ini mempunyai ‘rupa’ yang sama seperti model Honda City sedan baharu, tetapi ia bersaiz lebih kompak dan sportyVideo yang dimuat naik ini sekaligus menguatkan dakwaan bahawa model ini menjadi pengganti Honda Jazz yang ditamatkan pengeluaran pada minggu lalu.

Dalam video pendek berdurasi 10 saat itu juga, Honda Malaysia menampilkan model City Hatchback RS yang merupakan antara varian tertinggi bakal ditawarkan dalam pasaran tempatan nanti. Selain Malaysia, model kereta ini sudah pun dijual di negara jiran Thailand dan juga Indonesia.

Setakat ini tiada info lanjut mengenai spesifikasi Honda City Hatchback yang bakal ditawarkan kepada para pelanggan di Malaysia. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Honda Malaysia dalam masa terdekat.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih