Beli Kat Pasar, Wanita Terkejut Berlian Yang Nak Dibuang Rupanya Berharga Lebih RM 11 Juta


London: Seorang wanita yang sudah bersara terkejut apabila mengetahui harga barang kemas yang ingin dibuang sebenarnya bernilai 2 juta Pound (RM 11.33 juta).

Batu berlian tersebut katanya dibeli di sebuah pasar ‘car boot sale’ bertahun-tahun yang lalu olehnya yang dianggap tidak bernilai itu. Tetapi dia akhirnya mengambil keputusan untuk pergi menilai harga belian tersebut setelah jirannya memberitahu bahawa berlian tersebut sangat ‘luar biasa’.

Kata Mark Lane dari Featonby’s Aunctioneers di North Shields, wanita tersebut datang ke kedainya membawa berlian itu yang diletakkan dalam sebuah kotak bersama barang kemasnya yang lain yang mempunyai nilai yang rendah.

Lane berkata lagi, “Batu berlian tersebut saiznya lebih besar dari syiling pound dan saya ingat ianya ialah CZ iaitu ‘cubic zirconia’ satu sintetik yang menyerupai berlian. Saya tinggal berlian itu atas meja dalam dua ke tiga hari sebelum saya gunakan mesin menguji berlian.

Kemudian kami turut mengahntar berlian tersebut kepada rakan kami di London sebelum ianya disahkan oleh pakar di Antwerp, Belgium yang telah mengesahkan bahawa ianya adalah berlian 34 karat.”

Menurut Mirror, Lane membertitahu bahawa berlian tersebut adalah berlian yang paling besar pernah dia lihat.

Sumber: Siakap keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih