Beli Pada Tahun 1980, Lelaki Jual Balik Gelang Emas Tahun Ini Dan Dapat Sehingga RM5,800


Barang emas bukan sekadar menjadi aksesori yang digayakan oleh para wanita tetapi juga turut mempunyai nilai yang tersendiri. Dalam tempoh tertentu, emas itu mungkin boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi. Justeru, tidak hairanlah jika ramai wanita yang sanggup berhempas pulas menabung untuk membeli emas kerana bila tiba masanya nanti mereka akan mendapat pulangan yang lumayan.

Seperti video yang tular di Indonesia baru-baru ini, pengguna TikTok mendedahkan bahawa seorang lelaki telah mendapat keuntungan yang sangat banyak hasil daripada menjual gelang emas yang dibeli pada tahun 1980.

Difahamkan, gelang emas itu bernilai Rp 70 ribu (RM20.60) per gram dan dibeli dengan harga Rp 2,250 (RM662).

Kini, apabila dijual semula di kedai, harganya melonjak tinggi iaitu sebanyak Rp 20 juta (RM5,884).

Video itu telah ditonton lebih dari 2.2 juta kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

@diyah_hasyim

baru beli .pas di jual mau nya naik .jngn salah paham iya guys kita trima emas ada pasaran emas nya#masukberanda #fypdongggggggg #fypシ #YangPentingLakuin

♬ Wolfgang Dance - DUTCH N3VER DIE!!!!

Ada netizen yang mengatakan bahawa harga emas itu sebenarnya bergantung kepada harga pasaran pada saat itu dan jika ingin membeli emas, beli di kedai yang memang sudah terkenal.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkan untuk tidak menjual emas terlalu awal. Tunggu sehingga ia mencapai tempoh selama lebih kurang 10 tahun untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

“Yang bilang beli emas malah rugi bukan naik, ya jelas lah rugi kalian beli baru setahun udah dijual, kalau udah 10 tahun itu baru untung,” kata salah seorang netizen.

Menurut Suara.com, naik turun harga emas pada ketika ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti pandemik, inflasi, perubahan suku bunga dan perubahan permintaan dan penawaran.

Sumber: Siakap keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih