Berkorban Hingga Ke Akhir Hayat, Ibu Sempat Bayar Ikat Jamin Anak Sebelum Meninggal Dunia


Bukan 
mahkamah namanya jika tidak ‘dihiasi’ kisah-kisah dan isu masyarakat yang terlibat dengan pelbagai kesalahan. Setiap darinya wajar dijadikan sebagai iktibar oleh semua orang dan tidak seharusnya berulang lagi.

Namun, di sebalik kes-kes yang dibicarakan, proses ikat jamin yang berjalan di mahkamah juga sebenarnya menyimpan 1001 kisah yang jarang diketahui oleh orang ramai. Ada di antaranya sangat meruntun hati terutama apabila melibatkan tertuduh yang berasal dari keluarga yang susah.

Terpaksa guna duit jaminan

Menerusi kisah yang dikongsikan kepada SK, ada tertuduh yang terpaksa berusaha mendapatkan semula duit jaminan untuk membayar denda yang telah dikenakan terhadapnya. Walaupun mungkin denda yang bernilai RM2000 itu dirasakan tidaklah besar mana bagi sesetengah orang, namun ia sangat sukar untuk diperolehi oleh tertuduh. Justeru, hanya duit jaminan yang boleh menyelamatkannya.

Kebiasaannya, tertuduh akan membayar denda dengan segera bagi mengelak dari terus dipenjarakan. Namun, kebanyakan dari mereka tidak mempunyai wang yang cukup sehingga terpaksa meminjam daripada rakan-rakan atau keluarga. Disebabkan itu, mereka menggunakan duit jaminan yang sememangnya sudah tersedia.

Difahamkan, duit jaminannya yang bernilai RM4000 telah dibayar oleh ibunya, yang tidak lama selepas itu meninggal dunia. Nah, di sini timbulnya pula satu masalah yang mungkin menyukarkannya sedikit untuk mendapatkan semula duit jaminan kerana penjamin telah pun meninggal dunia.

Pun begitu, mujurlah arwah ibunya menggunakan cara yang sistematik semasa membayar ikat jamin tersebut. Jadi, dia hanya perlu mengemukakan sijil pengesahan kematian ibunya dan surat beranak untuk mendapatkan duit jaminan itu.

Arwah ibunya telah menggunakan eJamin untuk membayar jaminan tersebut kerana jika menggunakan cara tradisional iaitu membuka buku akaun di bank terlebih dahulu, dia berkemungkinan perlu menyediakan banyak dokumen sokongan.

Sementara itu, dalam satu situasi yang lain, bayangkan ada ibu bapa yang sudah tua perlu ke sana ke mari untuk menyelesaikan bayaran ikat jamin anak. Dalam waktu sama, mereka juga tidak berkemampuan dan memerlukan masa untuk mengumpul duit sehingga mereka sanggup ‘menebalkan muka’ meminjam duit dari orang sekeliling.

Tidak cuma itu, kadang kala proses yang dilalui untuk membayar jaminan juga memakan waktu yang agak lama terutama apabila menggunakan cara manual. Manakan tidak, mereka perlu berurusan dengan pihak bank dan membuka akaun baharu khusus untuk membayar jaminan tersebut. Berulang-alik dari mahkamah ke bank juga boleh memakan kos yang banyak jika ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Bagaimanapun, keadaan mungkin akan berbeza jika menggunakan eJamin untuk membayar ikat jamin tersebut. Untuk pengetahuan anda, eJamin menyediakan satu platform yang amat mudah untuk semua penjamin iaitu hanya dengan melayari laman web atau aplikasinya sahaja.

Bagi yang belum tahu, eJamin boleh memendekkan tempoh waktu pembayaran jaminan iaitu daripada 3 jam kepada 15 minit sahaja dengan menggunakan peranti mudah alih. Ia telah diluluskan oleh Istana Kehakiman Malaysia dan diterima di 168 mahkamah di seluruh negara.

Sejak ditubuhkan pada Januari 2020, eJamin juga telah mengendalikan lebih 25 ribu kes di mahkamah dan jumlah kutipan adalah lebih daripada RM90 juta.

Lebih mudah dan lancar untuk digunakan, penjamin tidak perlu membuka akaun di bank apabila menggunakan eJamin ini. Penjamin juga boleh mengumpulkan wang ke akaun aktif utama dan terus membuat pembayaran melalui perbankan internet tanpa perlu membuat akaun yang baharu.

Macam mana nak guna eJamin?

Langkah 1

Lengkapkan ruang maklumat penjamin dan tertuduh.

Langkah 2

Semak maklumat yang diisi dengan pegawai mahkamah untuk mendapatkan maklumat kes dan jumlah wang jaminan. Lengkapkan maklumat tersebut dalam eJamin.

Langkah 3

Isikan maklumat akaun bank untuk pembayaran. Pastikan akaun bank itu atas nama anda. Pemulangan wang jaminan (jika ada) akan dibuat ke dalam akaun bank yang sama.

Langkah 4

Teruskan pembayaran wang jaminan dalam eJamin. Resit pembayaran akan dihantar ke emel anda.

Langkah 5

Tunjukkan resit kepada pegawai mahkamah untuk proses seterusnya sepertimana diberitahu oleh pegawai mahkamah.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda terutama bagi yang ingin menjadi penjamin. Semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber: Siakap keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih