Boleh ‘Berpeluh’ Nak Jawab, Tular Foto 18 Soalan Temuduga Didakwa Untuk Bakal Pengantin Di Sarawak
Soalan yang kebiasaannya diajukan oleh pendaftar pernikahan atau kadi itu merangkumi hal-hal feqah termasuk bacaan di dalam solat.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu gambar yang memaparkan senarai soalan temuduga yang didakwa perlu dijawab oleh bakal pengantin di Sarawak.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Thedakwah.my itu, borang didakwa soalan temuduga itu mengandungi 18 soalan asas berkaitan agama termasuk lafaz dan erti syahadah, bacaan surah Al-Fatihah dan bacaan doa Qunut.
Antara soalan lain ialah bacaan Tahiyat awal dan Tahiyat akhir, rukun wuduk, rukun sembahyang, sebab-sebab yang mewajibkan mandi, jenis bahagian air dan jenis najis.
Tidak cuma itu, terdapat soalan tambahan atau ‘cepumas’ yang akan ditanya kepada bakal pengantin.
Jika mereka boleh menjawab semuanya dengan baik, mereka akan ditanda ‘lulus’ dan jika sebaliknya mereka ditanda ‘gagal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa ‘seram’ apabila melihat kesemua soalan tersebut.
0 Response to "Boleh ‘Berpeluh’ Nak Jawab, Tular Foto 18 Soalan Temuduga Didakwa Untuk Bakal Pengantin Di Sarawak"