Geng Motosikal Ini Buat ‘Abang Lori’ Bengang Kerana, Hanya Lambai Tangan Untuk Masuk Simpang


Aktiviti-aktiviti konvoi berkenderaan sudah mula kembali aktif di serata tempat, setiap lokasi tumpuan semakin dibanjiri oleh orang ramai lebih-lebih lagi pada waktu cuti hari minggu.

Sehari dua ini orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati setelah melihat satu rakaman video di mana sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi dengan selamba menyelit untuk memasuki simpang di antara barisan kereta yang sedang bersesakan.


Kejadian tersebut dipercayai dirakam daripada penumpang atau pemandu sebuah lori (berdasarkan posisi rakaman video tersebut) berhampiran persimpangan menuju ke Taman Negeri Rompin, Pahang.

Orang ramai menegaskan geng konvoi bermotosikal berkuasa tinggi tersebut tidak perlulah membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain jika mahu masuk ke persimpangan tersebut.

Mereka boleh bergerak kehadapan sedikit untuk membuat pusingan-U untuk masuk semula ke persimpangan yang mereka terlepas. Namun, geng konvoi bermotosikal ini memilih untuk memberikan ‘isyarat tangan’ sahaja supaya orang lain memperlahankan kenderaan untuk memberikan laluan kepada mereka.

Pada masa yang sama netizen turut menyamakan tindakan segelintir geng konvoi berbasikal ini sama sahaja seperti sebahagian geng berbasikal berkumpulan di lebuh raya yang mengetepikan undang-undang ketika berada di atas jalan raya.

Semoga video tular ini menjadi iktibar kepada orang ramai yang ingin berkonvoi pada masa akan datang, supaya dapat membuat perancangan rapi sebelum memulakan perjalanan agar tidak menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih