Grab Cari ‘Abang Rider Kajang’, Hero Cuba Selamatkan Pemandu Hilux Pitam


Pada hari Rabu lalu seorang pemandu Toyota Hilux pitam ketika memandu lalu merempuh beberapa buah kenderaan lalu terbabas di kanan jalan dan melanggar rumah kedai di Taman Jenaris, Kajang.

Dalam rakaman video yang tular di seluruh media sosial, ternampak kelibat seorang rider GrabFood berusaha menyelamatkan mangsa yang pitam itu.

Pada awal rakaman video itu, kelihatan dia mengetuk-getuk tingkap bahagian penumpang untuk menyedarkan pemandu trak pikap tersebut. Semasa Toyota Hilux itu terbabas dan melanggar rumah kedai, rider itu juga antara orang yang terawal sampai untuk melihat keadaan pemandu yang pitam itu dengan lebih lanjut.

Usaha murni rider itu telah mendapat pujian daripada para netizen yang kagum dengan keberanian serta kekal tenang semasa menghadapi situasi sulit ketika waktu itu.

Pada masa yang sama, pujian-pujian yang dikongsikan oleh para netizen telah dibaca oleh pihak Grab dan mereka mahu menjejak siapakah rider yang berani itu untuk diberikan penghargaan.

Pada kejadian pukul 6 petang hari Rabu lalu, pemandu Hilux tersebut dalam perjalanan dari pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang sebelum jatuh pitam lalu merempuh beberapa buah kenderaan dan merempuh sebuah rumah kedai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, lelaki itu pitam ketika memandu akibat tidak makan dan terus panik selepas tersedar ketika nahas itu berlaku.

Manakala hasil ujian alkohol dan saringan air kencing mendapati pemandu Hilux tidak mabuk serta negatif dadah ketika memandu pada hari kejadian, lapor Berita Harian.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih