Ini Respons Balas Raja Farah Selepas Namanya Disebut Dalam Sebuah Rancangan


Sedutan 
temu bual Fauzi Nawawi dalam satu rancangan TV menjadi bualan netizen dimana beliau menceritakan secara terperinci mengenai salah satu lakonannya sebagai seorang perogol. Isu ini mendapat perhatian Raja Farah kerana babak yang diceritakan oleh Fauzi memetik namanya.

Raja Farah yang terkesan dengan perkongsian oleh Fauzi telah membuat kenyataan bersama suaminya di Instagram. Menerusi kenyataan tersebut, suami Raja Farah menegaskan bahawa temu bual yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut kerana mereka tidak menjaga aib serta kehormatan wanita.

Tambahnya, pelakon itu tidak wajar menceritakan babak berkenaan secara spesifik dan tidak seharusnya ia jadi bahan bualan di dalam rancangan tersebut kerana ia menyentuh aib dan kehormatan seorang wanita terutama wanita itu sudah berkahwin. Malah, Raja Farah yang merasakan aibnya seperti dibuka dan dirinya tidak dihormati mahu pelakon tersebut meminta maaf kepadanya.

Lantaran itu, Fauzi dalam satu perkongsiannya di Instagram tampil meminta maaf kepada Raja Farah dan keluarga serta mereka yang terkesan disebabkan video tersebut. Menurutnya, program tersebut sudah lama ditayangkan namun kembali menjadi perhatian setelah ditularkan netizen.
Menurut Fauzi, program itu dirakam selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan sebaik sahaja rancangan temu bual itu selesai, beliau telah meminta pihak produksi untuk memotong bahagian yang sensitif agar tidak ditayangkan dan program itu sebenarnya sudah ditayangkan sebanyak dua kali.

Bukan itu sahaja, Fauzi mengatakan dirinya tiada niat mahu memalukan Raja Farah dan mengaku bersalah. Malah, Fauzi juga berlapang dada menerima kritikan netizen dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih