Isi Petrol Secara ‘Traditional’, Stesen Minyak Unik Ini Buat Orang Ramai Terpegun


“Jauh perjalanan, luas pemandangan” — Itulah pepatah lama yang dipesan kepada orang ramai bahawa kita akan dapat mempelajari sesuatu baharu sekiranya mengembara keluar dari kawasan setempat.

Baru-baru ini seorang gadis tidak menyangka video salah satu pengalamannya semasa perjalanan menuju ke Gunung Stong yang dimuat naik ke TikTok telah meraih lebih 1 juta tontonan daripada pengguna platform terbabit.

Di dalam video itu, gadis ini telah merakam suasana sebuah stesen minyak traditional yang terletak di sekitar kawasan Dabong, Kelantan. Menurutnya, semasa dalam perjalanan ke Gunung Stong, minyak kereta yang dinaikinya sudah tinggal satu bar sebelum dia menemukan stesen minyak terbabit.

@anisna98

Stesen minyak manual😆 #fyp

♬ Soap - Melanie_Martinez

Setiba sahaja stesen minyak itu, gadis tersebut mengaku agak terkejut kerana ini kali pertama dia melihat proses mengisi minyak secara traditional sepanjang hidupnya.

Stesen minyak yang hanya beroperasi dalam sebuah kayu itu mempunyai pekerja yang akan memasukkan petrol daripada tong ke dalam balang penyedut sebelum diisi dalam tangki kereta menggunakan paip getah.

Buat penduduk yang tinggal di kawasan bandar, memang nampak agak pelik. Namun, difahamkan perkara ini amat biasa buat beberapa lokasi lain yang mempunyai pam minyak traditional masih beroperasi.

@anisna98

Balas kepada @akmapenn nah video penuh. Sempat record sampai sini je. Sharing is caring😄 #fyp

♬ bunyi asal - Anisna98

Hasil carian The Vocket mendapati stesen minyak traditional tersebut sudah lebih 30 tahun beroperasi dan menjadi ‘nadi utama’ buat penduduk kawasan Dabong untuk bergerak melakukan aktiviti harian.

“Saya mendapatkan bekalan minyak dari stesen minyak di Jeli, dengan jarak 50 kilometer dari Dabong, saya isi dengan tong dram, dengan menggunakan van saya bawa balik ke Dabong ini,” kata pengusaha stesen minyak ini kepada Astro AWANI.

Difahamkan stesen minyak itu merupakan satu-satunya yang beroperasi di pekan Dabong dan lebih 15,000 penduduk setempat mendapat manfaat daripada perkhidmatan stesen minyak tersebut.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih