“Kadang-kadang Keputusan Bukanlah Satu-satunya Yang Kami Perjuangkan” – CR7
Tambahnya dalam perkongsian itu, bintang bola sepak terkenal itu juga sangat kagum dengan sokongan berterusan daripada peminat dan mengakui bahawa mereka berhak mendapat yang lebih baik.
“Kadang-kadang keputusan itu bukanlah satu-satunya yang kami perjuangkan. Kadang-kadang skor jaringan itu bukanlah semata-mata yang kami mahukan.
“Dan ini ada pada kita, hanya pada kita, kerana tiada sesiapa pun yang harus dipersalahkan. Peminat kami, sekali lagi, sangat mengagumkan dalam sokongan padu mereka.
“Mereka sepatutnya berhak mendapat lebih baik daripada ini, jauh lebih baik dan ia terpulang kepada kami untuk melakukannya. Masanya ialah sekarang!” katanya di laman Facebook hari ini.
Untuk rekod, Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjær tumpas 0 – 5 dengan pasukan pendahulu kedua liga, Liverpool dalam perlawanan awal pagi tadi.
0 Response to "“Kadang-kadang Keputusan Bukanlah Satu-satunya Yang Kami Perjuangkan” – CR7"