Lima Orang Awam Mati Kena Panah Dalam Serangan Rambang Di Norway


Lima orang terbunuh dan sekurang-kurangnya dua yang lain cedera selepas diserang menggunakan busur dan panah dalam serangan di bandar Kongsberg di 
Norway, menurut polis tempatan kepada CNN. Suspek kini sudah pun ditahan dan dipercayai bertindak seorang diri dalam serangan malam berdarah di Norway.

Menurut √ėyvind Aas, ketua polis daerah Drammen, menyatakan bahawa pihak polis tidak menolak kemungkinan serangan itu adalah tindakan pengganas. Bagaimanapun, suspek tersebut belum disoal siasat dan terlalu awal bagi pihak polis untuk menyimpulkan tindakan suspek tersebut.

Dalam kejadian tersebut, polis mula menerima panggilan kecemasan dari pusat Kongsberg pada jam 6:13 petang waktu tempatan, menurut satu kenyataan oleh daerah polis tenggara. Panggilan tersebut melaporkan seseorang telah berjalan dengan “busur dan panah.”

Menurut Aas, salah seorang mangsa yang cedera adalah anggota polis yang tidak bertugas yang berada di sebuah kedai. “Mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Perbandaran Kongsberg telah diberitahu dan telah menubuhkan pasukan krisis untuk membantu dan menindaklanjuti mereka yang memerlukannya,” katanya.

Disebabkan kejadian ini, polis di seluruh Norway kini telah diberi arahan untuk membawa senjata api sebagai langkah berjaga-jaga. Sebelum ini, di bawah undang-undang Norway, pegawai mesti mendapat persetujuan pihak atasan terlebih dahulu untuk membawa senjata api.

“Kerana kejadian serius di Kongsberg di mana beberapa orang terbunuh dan cedera malam ini, polis di Norway bersenjata buat sementara,” kata direktorat Polis Norway dalam satu kenyataan pada hari Rabu.”Ini adalah langkah kecemasan tambahan,” tambah kenyataan itu. “Polis saat ini tidak memiliki petunjuk nyata bahawa ada perubahan pada tahap ancaman di negara ini.”

Ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku di Norway, pada bulan Julai 2011, ekstremis sayap kanan Norway, Anders Behring Brevik membunuh 77 orang, kebanyakan mereka remaja, dalam serangan bom dan senjata api. Dia dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun bagi kesalahan tersebut.

Pada bulan Ogos 2019, seorang lelaki menyerang sebuah masjid Oslo dengan senjata. Pada tahun itu, badan perisik negara melaporkan bahawa keganasan sayap kanan sedang meningkat di seluruh dunia, dan memberi amaran bahawa negara itu kemungkinan akan menjadi sasaran dalam waktu dekat.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih